"Qanaah..."

menyuruh percaya akan adanya kekuasaan melebihi kekuasaan manusia.

menyuruh sabar menerima kekuatan Illahi jika ketentuan itu tidak menyenangkan diri,

dan bersyukur jika diberi nikmat, sebab nikmat itu bila-bila masa boleh hilang.

bekerjalah untuk memenuhi tuntutan hidup seseorang hamba bukan untuk tambahan yang banyak daripadaNya.....

Friday, October 30

IBU...ENGKAULAH PERMATA HATIKU........


bismillahirahmanirrahim....

arini hujan nampaknyer cam xnak benti jer dari semalam, ape pun mudah2an Allah turunkan hujan yang bermanfaat buat kita semua dan makhluk2 yang lain..ameen..
ikuti ayat 10, surah luqman untuk kita sama2 berfikir...

Dia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu dan Dia biakkan padanya berbagai jenis binatang; dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.
 
masha-Allah sesungguhnya kejadian tuhan itu terlalu banyak manfaatnya pada kita tetapi sedikit sungguh untuk kita memikirkannya dan besyukur di atas segala pinjamannya...
so, moge2 kita dapat hindari diri kita dari mengeluh atau 'ter'mengeluh pabila hujan turun kerna bukan kita sahaja makhluknya di bumi yang fana ini...
mudah2an kita tergolong dalam kalangan yang bersyukur hendaknya..ameen..

actually aku nak citer gamba kat atas ni adalah insan yang telah melahirkan bayi yang comel iaitu aku larr...(haha)
tp baby lam pic ni bukan lah aku..hehe..
baby 2 salah seorang anak buah aku yang sangat ringan nak dicompare kan ngan yang others..
kalau dukung lame2 tu kira xsakit tangan la...
tp aku pn xsure sgt time kecik dlu aku berat mane, watever pun maaf mok sbb wat mok sakit tangan (wpun maybe mok aku xbace kot blog nih)..huhuu...=(.

'sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu'- korang seme mesti penah dengar kan except orang yg mmg da xboleh dgar (dilahirkan cacat_sesungguhnya kita amat bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan yang sempurna) tapi walau cmne pun ayat tu still same utuk setiap orang...
actually frasa tu amat bermakna la buat kita semua sbg sorang anak right?
bg kawan2 ku yg da jadi ibu..korang slalu la cakap kt anak masing2 yer..=).
betapa Allah menjaga martabat seorang yang bernama IBU..tp aku panggil MOK (org pahang), same jela kan ape pun panggilannye selagi ia x menyakiti ibu kita..
yang pastinya dia la yang melahirkan kita, mennjadi guru kita yang pertama sebelum guru2 yg seterusnya...

surah luqman ayat 14 ada menyatakan:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

sesungguhnya betapa sukarnya seorang ibu nak melahirkan seorang anak sampaikan kalau mereka meninggal time 2 jugak kire dikatakan syahid...subhanaAllah begitu besar pengorbanan seorang yang bernama ibu..
mudah2an aku diberi kesempatan untuk jadi ibu...hehehe

jadi kita sebagai anak yang dilahirkannya mudah2an sentiasa mendengar segala apa yang ibu kita perintah kan dan penulis berceloteh di sini dengan harapan penulis dapat mengimprovekan hubungan dengan ibunya..bukan la kate penulis bergaduh ngan ibu tp sometime ade jugak la xdengar cakap kn...2 la hati anak remaja, asek nak wat hal sendiri je kan..mudah2an lepas ni aku akan menjadi anak yg lebih baik..begitu jugak sahabat2 ku yer..sesape yg da jd best fren ngn mak die, keep it up!!..semoga Allah senantiasa memberi kita peluang untuk berbuat baik pd ibu kita k slagi masih ade...dan semoga yg da ketiadaanya still boleh sampaikan ganjaran pahala buatnya..
macam yg kita selalu dengar.........
sesungguhnya ade 3 perkara yg ditinggalkan setiap muslim apabila ketiadaannya di muka bumi ini (kalo xcilap r..refer pd yg pakar k..)
1. amalan si mati semasa di dunia
2.amal jariah si mati semasa di dunia
3. anak yang solehah atau soleh

so sebagai anak kita boleh bantu untuk menjadi yang ke3 tu...mudah2an dipermudahkan Allah..ameen...

rase cam da nak abes jer tp ade cket ag yang aku teringat...
kita sentiasa lah pandang wajah ibu kita kerana ustazah aku cakap kalo kita pndang wajah ibu kita dapat pahala..
selain 2 redha Allah terletak pada redha kedua orang tua kita...janganlah kita berkata "uh" kepadanya dan menyebabkannya merintih atau bersedih di dalam hati..Allah itu Maha Mengetahui segala setiap sesuatu yang zahir mahupun yang tersembunyi...
& akhir skali aku nasihatkan jugak pd kawan2 boys aku..t korang da kawen jgn luper tggungjwb kt ibu, sbb ble mane lelaki da kawen ketaatan die kt ibu tidak akan putus..lain ngn ppuan die kne taat kt suami br ibu...ingat ye amin (adik aku)...arigatoz..

so i close my coleteh here with dis lagu from yusuf islam, yang seme orang da mmg bese dengar..


MY MOTHER....

the prophet s.a.w told us
that we must obey ALLAH
and His messenger at all times
but after that who else did He tells us
to listen to and be closed to
your mother..
yes, well done
who should i give my love to my respect
and my honour to
who should i pay good mind to
after Allah
and Rasulullah
comes your mother
who next?
your mother
who next?
your mother
and then your father
cause who used to hold you
and clean you and cloth you
who used to feed you
and always be with you
when you were sick
stay up all night
holding you tight
thats right no other
my mother
who should i take good care of giving
all my love
who should i think the most of
after Allah and rasulullah
comes your mother
who next?
your mother
who next?
your mother
and then your father
cause who used to hear you before
you could talk
who used to hold you before you could walk
and when you fell who pick you up
clean your cut no one but your mother
my mother
who should i stay right close to listen most to
never say no to after Allah
comes your mother
who next?
your mother
who next?
your mother
and then your father
cause who used to hug you
and buy you new clothes
comb your hair
and blow your nose
and when you cry who wipes your tears
knows your fears
who really cares
my mother
say Alhamdulliah
thank you Allah
for my mother

wassalam...
smoge ape yg ditulis penulis tidak menyakiti mane2 hati k..=). dan yg tersilap sila la perbetulkan...bcoz nobody is perfect but we must always have the intention to be perfect...ameen....

Tuesday, October 27

duniaku


MY WONDERFUL WORLD




alhamdulillah...mmg wonderful...
aku hepi sangat2 ade diorang ber6 ni...
kire macam penyejuk hati aku la..cewah..hehe
actually b4 ni aku xpernah kot nak ske budak kecik n mmg aku xske pn..biaq p la org nak ckp pe kn...
tp bile da ade anak sdare sndiri ni aku rase best sangat...diorang klakar n sometime penat jugak nak layan..
tapi stil undercontrol lagi la...
bertuah dak2 ni dapat MAKTEH  macam aku..hahaha..perasan kot...xpela skali skale..hehe..
anak2 buah aku ni semenye dari baka TERENGGANU + JOHOR cket..
nak wat cne abg2 ipar aku dua2 from terenganu and akak ipar aku dari johor..
bes jugak la ade akak ipar and abang ipar ni...boleh ajak p jalan2 kalau terlupe bawak beg duit pn, its still owait...hahaha..paham2 jela yer..mmg bes..leh berdebat, sharing kisah cinta pn boleh..hehe..
tapi da lame kot ktorang xwat aktiviti kekeluargaan, almaklum la..akak aku br je dapat baby so agak keterbatasan jugak la untuk pergi berjalan2..huhu..but dont worry the day can still come..insyaALLAH..
cite pasal anak buah aku ni..hopefully taun depan akan muncul yang ke tujuh plak..maybe..hehe..
akak aku beria nak anak kembar, yela sape xnak kn...n aku mendoakannye mudahan2 aku akn dpt ank sdare kembar..ameen...


okla last skali, aku nak stop dlu wat sementara waktu sbbnya aku ade exam lam 3 weeks..and to my younger brother: GOOD LUCK for your SPM and also for my younger sister..GOOD LUCK for your final exam...semoga semuanya berjaya and jangan nakal2 k...tata=).








Aurat wanita




i got this pic from www.zaharuddin.net
laman web yang bagi ku sungguh bermakna sekali dan banyak informasi yang berguna buat kita muslim & muslimah...
so i suggest u all to visit too k...
pic ni aku dedicate buat diriku dan sahabat2 muslimahku sebagai panduan untuk kita sama2 memperbetulkan apa yang sepatutnya...
tengok pic ni mesti semua tahu about what kan..4 sure about aurat perempuan...
tak perlulah aku nak terangkan detail2 kot sebab dari kecik lagi kita dah belajar tentang aurat kan..
so, sebagai hamba Allah yang dikurnia akal dan sebaik baik makhluk, marilah kita sama2 muhasabah diri,
semoga Allah sentiasa membukakan pintu hati kita untuk menerima perkara yang baik2.ameen...

wassalam, sekadar buah pandangan dari penulis yang serba kekurangan...=).

gives thanks to Allah

give thanks to Allah for the moon and the stars
praise Him all day for what is and what was
take hold of your iman, dont give into syaitan
oh you who believe please give thanks to Allah
Allah Hu Ghafoor,Allah Hu Raheem, Allah Hu Yuhibul Mukhsineen
Hua Khaliquna, Hua Razikuna, Wa Hua Alaa Kuli Shaien Qadir....
Allah is Ghafoor,Allah is Raheem, Allah is the one who  love the Mukhsineen
He is our creator, He is our sustainer and he is the one who has power over all
give thanks to Allah for the moon and the stars
praise Him all day for what is and what was
take hold of your iman, dont give into syaitan
oh you who believe please give thanks to Allah
Allah Hu Ghafoor,Allah Hu Raheem, Allah Hu Yuhibul Mukhsineen
Hua Khaliquna, Hua Razikuna, Wa Hua Alaa Kuli Shaien Qadir....
Allah is Ghafoor,Allah is Raheem, Allah is the one who  love the Mukhsineen
He is our creator, He is our sustainer and he is the one who has power over all


lirik lagu ni betul2 menyentuh hati..
rasanya seme orang dah biasa kot dengar lagu ni..
kalau xpernah boleh cari kat you tube..
sungguh indah..
bersyukurlah kita seseungguhnya dilahirkan dalam islam..
sebaik2 agama di sisi Tuhan..
semoga kita semua sentiasa mengingati Allah dalam setiap perbuatan dan perlakuan di dunia yang sementara ini..
Ya Allah engkau berikanlah aku kekuatan untuk menjadi hambamu yang solehah..amin..

Wednesday, October 14

Perlakuan buruk undang berlaku bala, bencana terhadap manusia



CUKUP menyayat hati apabila melihat satu persatu bala dan ujian Allah SWT turunkan kepada manusia pada hari ini. Daripada bala yang datang secara halus sehingga cara menakut dan mengerikan. Semuanya menyakitkan, menyeksakan kehidupan kita, memedihkan perasaan kita dan memilukan hati nurani kita semua.

Adakah semua bala yang melanda kita hari ini sekadar bencana alam dan masalah kebersihan yang tidak dijaga sehingga bertukar menjadi penyakit atau virus? Hanya orang berfikir, menghayati, insaf dan merenung saja yang akan mendapati jawapan terhadap fenomena ini.

Semua bala dan ujian yang Allah turunkan kepada manusia adalah sebagai dalil bahawa Allah benar-benar berkuasa ke atas makhluknya. Allah juga menurunkan bala supaya manusia berfikir bahawa di alam ini ada kuasa ghaib yang mentadbir, mengurus dan menyelaras keseluruhan proses kejadian alam. Allah menimpakan pada manusia bala dan ujian untuk manusia menyedari bahawa gunung-ganang, teknologi canggih, perkembangan sains, persenjataan hebat, negara bertamadun, pemimpin yang punya kuasa politik besar dan rakyat yang hidup mewah, semuanya akan musnah apabila berhadapan dengan bala dan ujian Allah SWT.

Adakah bala dan ujian Allah datang tanpa dijemput? Pernahkah kita mengangkat kedua-dua tapak tangan ke langit untuk memohon bala dan ujian Allah SWT? Mestilah kita katakan tidak pernah. Hakikatnya, kita menjemput bala Allah tanpa disedari. Kita menyeru bala Allah dengan membanyakkan zina, menyebarkan budaya minum arak, memperkayakan kehidupan dengan mata pencarian haram, meninggalkan arahan Allah, melakukan segala larangan Allah, budaya keseronokan (hiburan) dan pembuangan bayi menyebabkan turunnya bala dan ujian Allah, sedangkan kita tidak menyedarinya.

Sebenarnya kita hanya diberi bala dan ujian yang kecil Allah jika dibandingkan bala Allah kepada Kaum Ad, Thamud, kaum Nuh, kaum Hud dan umat terdahulu sehingga mereka tidak meninggalkan generasi sehingga hari ini.

Firman Allah yang bermaksud, "Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (As-Syura: 30)
Sabda Rasulullah SAW: "Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak menurunkan hujan selama-lamanya."

Maksud hadis, daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
·  Apabila harta negara hanya beredar kepada orang tertentu.
·  Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
·  Zakat dijadikan hutang.
·  Suami turut kehendak isteri.
·  Anak derhaka kepada ibunya.
·  Anak suka berbaik-baik dengan kawan.
·  Anak suka menjauhkan diri daripada ayah.
·  Suara ditinggikan di dalam masjid.
·  Ketua kaum adalah yang terhina di antara mereka.
·  Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
·  Arak diminum di merata tempat.
·  Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.
·  Artis jadi pujaan.
·  Muzik banyak dimainkan.
·  Generasi akhir umat ini melaknat serta menyalahkan generasi pertama iaitu sahabat Nabi SAW.

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi makhluk yang lain. (Hadis Tarmizi)

taken from berita harian.