"Qanaah..."

menyuruh percaya akan adanya kekuasaan melebihi kekuasaan manusia.

menyuruh sabar menerima kekuatan Illahi jika ketentuan itu tidak menyenangkan diri,

dan bersyukur jika diberi nikmat, sebab nikmat itu bila-bila masa boleh hilang.

bekerjalah untuk memenuhi tuntutan hidup seseorang hamba bukan untuk tambahan yang banyak daripadaNya.....

Monday, November 8

hobi..




bismillahiramanirahim...
kenapa ye dgn gamba di atas?
nantikan cerita di sebalik gambar ini di next entry ok...
=).

Saturday, October 2

New BABY

Mohd Saifullah Mohd Sidek
Nur Safiyah Mohd Sidek

Mohd Sufi Mohd Sidek



Alhamdulillah..
pertama sekali..bersyukur pada Allah..
yang menjadikan kita sebaik2 umat dan kejadian..
tepat jam 340 pagi waktu Malaysia pada 24hb 9 2010..
akak aku selamat melahirkan anaknya yang ke 3..
dan yang lahir itu adalah seorang putera memiliki berat 3.4 kg..
aku sangat gembira sebab famili aku dah makin bertambah..=).
kemeriahannya memang terasa lebih2 lagi masa raya adilfitri..
walaupun riuh rendah  rumah dibuatnya namun Aidilfitri terasa bermakna..
semoga anak2 sedara aku akan menjadi anak2 yang soleh dan solehah...AMIN... .


Friday, August 6

CARI MAKAN - AL KULIYYAH

    BERKAT adalah sesuatu perkara yg blh membawa kita kepada kebaikan = 
    pertambahan kepada kebaikan..
    dengan adab, kita akan lahirkan kerberkatan..
    adab mencari rezeki..
    adab makan...
    byk lagi adab...
    Adab mencari makan...
  1. tenang...
  2. rezeki baik sepatutnya membawa ketengan kepada kita...
  3. ada rezeki boleh membawa kita kepada yang lebih baik..
  4. kenderaan yg dibeli diguna utk ke masjid cthnya dll..
  5. harta yang kita dapat sentiasa rasa mencukupi..
 

Maka dari sumber yang baik dan bertambah kebaikannya maka lahirlah keberkatan….
Itulah makna BERKAT

    Apa hak harta pada setiap orang?
    Hak kita pd isteri dan anak
    Hak kita untuk agama-contohnya bayar zakat
    Hak utk diri kita-simpanan kita hari tua dan sumbangan kita kpd masyarakat cthnya wakaf-mende yg berterusan atau legasi (perkara baik yg kita wariskan walaupun kita dah tidur buat selama2nya cth anak yg soleh/solehah dll)…
    Q & A
  1. Pekerja cemerlang menurut islam?
  2. Paradox-tidak seimbang cthnya ada kain tp xdapat tutup semua, ttp kpale nampak kaki dan sebaliknya..
    Balik pada konsep ihsan..cth suami yg kerja lebih kena lafaz pada isteri=  sy kena kerja lebih sebab nak bahagiakan awak, nak menyenangkan keluarga dan sebagainya…
    Dan isteri kena terima dan berdoa agar suami slamat, dberkati dan sebagainya…
  3. Bagaimana nak keja dgn majikan n sambil tu wat keje sampingan yg boleh jadi halal?
  4. Dalam islam ada akad/perjanjian..
    Kembali kepada akad atau kontrak pada kerja kita…
    Tgk samada kita ada terikat ngan akad kerja atau tidak…
  5. Hukum seseorang yang dapat MC tipu bagaimana dengan gajinya satu hari??
  6. Hukumnya haram…sebab kita telah mengambil hak orang lain…
    Kita ambil hak orang nescaya Allah akan ambil hak kita yang jauh lebih besar..
    Kita tidak boleh biasakan kerana ia pasti mendatangkan kemurkaan Allah…
    Benda yang haram akan melahirkan perkara yang lebih tidak baik lagi….
    Mengambil barang tanpa izin adalah curi..
    Berani kerana benar
  7. Kerja yang dapat hasil dari guna orang dalam?…
  8. Xboleh, dikira syubahat sekiranya kita sememangnya xlayak dan  menafikan hak orang lain..
    Andaikata  tidak menafikan hak orang lain adalah tidak salah.
  9. Peguam bagaimana?
  10. Niat  awal2 untuk membantu hakim..insyaAllah Allah akan bantu..
  11. Hukum bawa kereta sapu?
  12. Dua sudut:
    1. Xde pilihan so minta ampun dan berazam untuk pindah kerja lain
    2. Kalau menafikan hak orang lain adalah dosa!!
  13. Isteri cari makan dan suami sibuk berdakwah??
  14. So orang  laki kena faham tanggungjawab utamakan yang wajib adalah utk isteri dan anak..
  15. Tukang jahit yang menjahit pakaian yang nipis dan baju xtutup aurat??
  16. Sebaiknya sedekahkan sebahagian pendapatan sebab syubahat kecil2 dan yang lebih baik tinggalkannya…
    Ikhlas tidak menafikan hak…
    Maknanya hak  setiap orang yang ikhlas tu tetap ada..
    Contohnya..
    Seorang yang berhutang buat2 xtau dia masih ada hutang dan orang yang memberi hutang itu tidak pula tertanya2 tetapi ia tetap ada hak yang perlu ditunaikan kerana ikhlas xmenafikan hak…
    Sama jugak seorang isteri yang tidak mendapat nafkah suami tapi tidak menyatakan apa2.. walaubagaimanapun hak si isteri tu tetap ada…ikhlas si isteri tidak menafikan haknya…
    Pembaziran berlaku apabila kehendak yang dibeli melebihi keperluan..
    Walaupun contohnya…
    Selipar jepun yang harga murah dibeli banyak melebihi keperluan..dikira membazir.
    Tapi andaikata kita beli sesuatu mende yang mahal tapi ia perlu xdikira membazir..
    Ok..ni semua adalah catatan yang amat ringkas dibuat semasa al kuliyah tv3, xsure edisi ke berapa..diharap catatan yg serba ringkas ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat pada semua..
    jzk..

Wednesday, May 26

buat teman-teman semua...

Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji…

Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka…

Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa…

Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji….

Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih…

Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu…

Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian…

Wednesday, May 19

FACEBOOK BAIK @ BURUK? TERPULANG...

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.


Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.


Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.


Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.


Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.


Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.


Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook.


3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.


Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.


6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

~artikel ini diambil dari laman web ustaz zaharuddin..
semoga dapat memberi manfaat pada semua..

kata sahabat saya Fb ni ibarat sebilah pisau, terpulang pada kita untuk gunakannya ke arah kebaikan atau keburukan..fikir2kanlah..renung2kanlah...
mencegah lebih baik dari mengubati..

wallahualam...

Dayus??

Bismillahiramanirahim...
Segala puji bagi Allah tuhan yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang...
SubhanAllah maha suci Allah yang masih memberikan kita semua kesempatan dan nikmat untuk menghirup udara yang masih segar walaupun bukan di semua tempat namun masih diberi ketenangan dan keamanan di bumi Malaysia ini. Alhamdulillah segala puji pujian hanyalah untukNya...
Agak lama tak post new entry..bukan tiada cerita yang hendak dikongsikan atau disampaikan namun tiba2 merasakan diri ini terlalu banyak khilaf kepadaNya..justeru terasa diri ini tidak layak untuk menyampaikan apa2 namun sebagai hambaNya yang hina ini yang masih perlu untuk menegur dan ditegur , pesan memesan diteruskan jua sebagai peringatan lebih untuk diri sendiri..wallahualam..
Usai melewati sebuah buku untukmu wanita karya ustaz zaharuddin abd rahman yang sungguh bermakna dan begitu bermanfaat buat muslimah. Banyak nasihat dan perkara2 yang boleh dibuat ibrah daripada buku ini.
Yang ingin saya kongsikan bersama dengan sahabat semua adalah mengenai soal lelaki dayus. Sejauh mana kita ambil kesah tentang lelaki dayus ini. Semoga perkara ini dapat dikongsi bersama..
Bila lelaki menjadi dayus??
1)      Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika berkerja) atau di luar rumah.
2)      Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3)      Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat(terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan yang menyebab aurat terlihat.
4)      Membiarkan anak perempuannya berdating dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5)      Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah, kononnya ibu bapanya sporting.
6)      Menyuruh, mengarah dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7)      Membiarkan anak perempuannya memasuki rancangan reality seperti AF, Gangstarz, dan Mentor sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8)      Membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dengan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki boleh dihilangkan? Tidak sekali-kali.
9)      Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10)   Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh islam seperti menyelamatkannya daripada lemas atau yg seumpama dengannya.
11)   Membiarkan isteri bersalin dengan dibidani oleh doctor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12)   Membawa isteri dan anak perempuan utk dirawati oleh doctor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doctor wanita.
13)   Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14)   Membiarkan isteri kerap berdua-duaan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Ini sebahagian yang tersenarai namun sudah cukup untuk kita cuba mengkoreksi sedikit demi sedikit diri masing2 dengan apa yang dinyatakan andai ada yang  kita terlepas pandang.
Perkara2 yang diatas bukanlah hanya ditujukan buat pasangan yang sudah berkahwin namun ibrahnya boleh dilihat sekiranya suami isteri diganti dengan bapa dan anak2 perempuannya. Sanggupkah kita mengiyakan kedayusan yang terlepas pandang oleh bapa atau abang kita? Sanggup ker? Nauzubillahimizalik..
Pasti hati berkata tidak tapi apakah tindakan kita yang terbaik? Sesungguhnya keluarga adalah amanah Allah buat kita semua. Marilah kita sama2 memelihara keluarga kita dari sebarang kemungkaran walaupun ia sukar untuk ditempuhi. Nasihat menasihati adalah ubat yang perlu diberikan setiap masa. Sekeras-keras batu akhirnya bertakuk jua jika dititis air setiap masa, begitulah manusia cuma lambat dan cepat serta perlu diiringi dengan doa kepadaNya..
“dan orang2 yang berjihad untuk  (mencari keredhaan) kami, kami akan tunjukkan kepada mereka jalan2 kami. Dan sungguh, Allah berserta dengan orang yang berbuat baik”29:69
 wallahualam....

Wednesday, April 21

DESTINASI CINTA


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...


oleh MESTICA

Monday, April 19

menanti di alam barzakh


Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan


*dari Allah kita datang kepada Allah jua lah kita kembali..sob3..(TT)
semoga kita 'diambil' dalam keadaan yang beriman..AMIN... 

~MENCARI SETITIS CINTA ILLAHI~ 

Thursday, April 15

perempuan2 itu...

chantek kan gamba kat atas neh...
aku rase lar xtau others, tp sape2 tgk mst ckp gamba ni canteek n cute kan...
yela gamba kartun..huhu 
never minds..
cume gamba ni memberi sejuta makna bagi aku...
sukar untuk aku luahkan disini...(hehe, yoyo oooo jer..)

dilema...
hmm...mampukah aku...
semoga Allah permudahkan setiap urusan..
AMIN.... 


Petua Untuk Puteri

 

Banyak gadis berparas gilang-gemilang
Tetapi mereka telah hilang kerana kecantikan
Banyak perempuan yang kaya bersalut emas intan cemerlang
Tetapi mereka telah redam kerana hartanya

Lihatlah, alangkah banyak orang berbangsa menjadi hina
Dan alangkah banyaknya orang berpangkat menjadi melarat
Mereka berbangga dengan bangsanya

Sedang bangsa itu dapat orang beli dan jual dengan harta dunia
Mereka berbangga dengan pangkatnya
Sedangkan pangkat itu dapat diperolehi dengan melupakan makrifat

Tetapi tuan ! Hanya sedikit masuk bilangan
Lelaki perempuan berbudi pekerti
Mereka inilah yang mulia sepanjang zaman
Dan merekalah yang hidup di alam abadi

Sebab itu tuan ! Sambutlah petua seorang kawan
“Bila tuan jadi gadis, jadilah gadis
Yang tinggi budinya, Demi setelah kelak tuan jadi ibu dan
isteri, dan jadilah seorang perempuan yang budiman”

*sajak ni da lama aku simpan then aku lupa sumber dari mane..hehe..(^_^) enjoy reading ya!!

semoga mendapat sesuatu..
wallahualam..
~MENCARI SETITIS CINTA ILLAHI~

Wednesday, April 14

JARI JEMARIKU..

kita punya tangan yang sama, lima jari yang sama....biarpun saiz berbeza gunakan ia untuk mencapai matlamat yang satu......
bersyukur dengan apa yang kita ada kerana tak semua berpeluang untuk menikmatinya...("_")


“Apa ada pada jari anda…..apa rahsia jari anda…apa guna jari anda…?????????????”

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung..”Allahu Akbar”.  Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dari jari kelinking yg kecil & kerdil, macam manusia & apa benda pun akan start dari kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pada usia muda akan beri impact/kesan yang besar pada masa depan.

4. Then tenggok jari kedua, jari manis. Macam tu jugak la degan usia remaja..semuanya sweet.. manis macam jari manis. Masa remaja kita selalu di duga degan cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran. 

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30’s kita dah punya status & ekonomi & career yang stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak “hantu- hantu pengacau” yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk – Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sebelum ni. Macam tu jugak degan kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya degan idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows
kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi
bayangkan kalau takde ibu jari… nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita mereka, then boleh la kita say “good” or “yes” sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan
kita.

*semoga ada ibrah yg boleh diambil dari sini...(^^)

wallahualam..

~MASIH MENCARI SETITIS CINTA ILLAHI~

sumber...

LEPTOSPIROSIS

Scientific classification

Domain:        Bacteria
Phylum:        Spirochaetes
Class:        Spirochaetes
Order:        Spirochaetales
Family:        Leptospiraceae
Genus:        Leptospira

Leptospirosis

Pengenalan
Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh
berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira
berbentuk lingkaran (spiral shape).
Nama-nama lain
Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam pesawah (Ricefield
fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur,
Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola.
Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air
yang tercemar dengan kencing binatang mostly tikus. Biasanya terjadi di negara beriklim panas
Faktor risiko termasuklah
• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang,
pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem
pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai
di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing,
binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan
yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Tanda dan Gejala
Gejala :
1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini
melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit
perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau
hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu
atau ruam.
Tanda dan ujian makmal
1. Ujian sel darah putih (WBC).
2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50%
pesakit.
4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field
microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air
tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal
diperlukan.
8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit
(illness) dan kekal sehingga 30 hari.

Harapan(Expectations)(prognosis)
Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit
dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.
Komplikasi
• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
• Perdarahan yang teruk.
• Respiratory distress).
• Kegagalan fungsi hati.
• Kegagalan fungsi buah pinggang
Rawatan
Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh
diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan
bermasalah.
Pencegahan
Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim
tropika. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline
boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.


*nota: kalau beli air tin di sesetengah kedai tu make sure bersihkan dulu tin tersebut!! That’s all..@ yg lebih baik jgn minum air bergas..(^_^)...TQ

Saturday, March 27

MASIH ADA WAKTU

Sahabat.. Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
Dosa-dosa lalu

Lantas membasuhnya
Kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seharum cinta yang murni

Moga ukhwah yang dicipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahgia di negeri abadi

SATU CINTA


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Engkau satu cinta
Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

~sama2lah kita menghayati lrik lagu ni..amat bermakna..sob3~

wallhualam

MENCARI SETITIS CINTA ILLAHI

Friday, March 26

zikir munajat





kita terancam!!!!

Sejak kebelakangan ni, aku tidak dapat tidur lena.Ada bermacam persoalan, kerisauan, kesedihan yang bersarang dalam fikiran..Puas memikir, puas termenung, akhirnya aku memilih untuk meluah dalam blog...untuk berbicara telus melalui hati dan moga Allah terus memberikan kekuatan kepada diri ini..
**

Kalau panas kerana cuaca, mungkin usaha yg termampu kita lakukan, kita boleh tambahkan bilangan kipas dalam rumah.Atau bagi yg berkemampuan, bolehlah membeli alat penghawa dingin untuk mengurangkan rasa panas..Tapi, kalau panas dengan kes2 atau tragedi yang cukup2 menyayat hati, bagaimana pula untuk menyejukkannya?

Apa yg kita dengar dari hari ke hari, seperti tiada tanda untuk surut.Sentiasa pasang dengan berita2 yang membuat hati berkata, "dunia sudah tua, dan kiamat akan tiba".Kerana isinya sudah semakin sarat dengan manusia yg perilakunya lebih teruk dari haiwan.Dimana dalam diri mereka sudah kurang naluri kemanusiaan, hilang pegangan dan pedoman dalam hati sanubari mereka.Dan yg lebih teruknya, gejala2 ini tidak pernah dapat dibendung dengan sempurna.Dan kita hanya mampu melihat, bersedih, menangis, dan memarahi tapi hakikatnya kita tidak merubah apa2 kerana mungkin ketidakdayaan kita dengan kuasa2 besar atau entahlah...pokoknya kita sangat lemah dan semakin lemah.......Nauzubillah..
 ***
Sebenarnya, 2 hari lepas, bapa mertua datang ke rumah.Dia mengatakan adik ipar menangis 2 malam berturut2 dan sering terjaga lewat malam.Menurut Bak ( bapa mertua ), adik rasa tertekan, terkilan dan sedih atas apa yg terjadi kepada rakanyya sewaktu menuntut di universiti dulu.

Aku mengambil keputusan untuk menelefon adik.Rupa2nya, seorang teman adik telah menjadi mangsa rompak dan rogol baru2 ini.Memang aku ada terbaca mengenainya sebelum ini, tapi secara sepintas lalu di akhbar The Star.Biarlah aku linkkan di sini untuk tatapan semua yg mungkin sudah terlupa..

Buglars geng-rapehousewife

Menurut sumber, mangsa merupakan tiga orang.Iaitu suami dan isteri yg berusia 20an dan seorang bayi yg baru setahun lebih.Semasa kejadian, mereka baru hendak menunaikan solat subuh pada pukul 6 pagi.Perompak itu seramai 8 orang.Mereka masuk dari pintu belakang.Suami diikat oleh 2 orang, dan yang lain memukul dan mengheret isterinya untuk diperkosa....

Dan yg sedihnya,  tiada seorang manusia yang mendengar segalanya.

Mungkin kalau adik tidak menceritakan hal ini secara terperinci, aku jua tidak sesebak ini.Isteri mangsa menurut adik adalah seorang yg sangat baik tingkah laku dan akhlaknya,malah menutup aurat scr sempurna.Si suami suami pula adlah jemaah masjid dan dikenali sebagai seorang yg beriman di kalangan teman2.Itu yg buat hati bertambah2 geram, marah, sakit hati yg teramat sangat kepada si pelaku...

Ya Allah...
Semoga Engkau memberi kekuatan kepada mereka dalam meneruskan hidup ini dan di hari2 kemudian... Dan sememangnya ujian ini amat berat untuk dikenang apatah lagi untuk dirasai....Bak kata,.Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya...
Allahuakhbar..Allahuakbar.

Tanganku rasa menggeletar.Tidak mampu rasanya untuk meneruskan...Segala2nya sekarang seperti terpampang depan mata.

Sebenarnya, sebelum ini..adik pernah menetap di rumah tempat kejadian.(Rumah bekas pensyarah yg sdg melanjutkan pelajaran ke luar negara ).Aku dan suami juga pernah bermalam di sana sewaktu menghadiri majlis konvokesyen adik.Jadi segalanya2 rasa seperti mainan filem yang diputar kembali di malam2 terakhir swaktu diri ini enggan lelap.Dan setiap kali teringat tangisan adik, hati juga meruntun hiba.

Kata adik, dia terkilan.Dia masih  terbayang2 temannya sibuk menyiapkan sarapan beberapa minggu yang lepas sewaktu adik menziarahinya.Tapi sampai sekarang, adik tidak punya kekuatan untuk menelefon, SMS atau apa2 untuk bertanya.Kerana adik tahu, ianya tidak mungkin buat masa ini.Kerana orang yg mendengar merasa tertekan, apatah lagi orang yang mengalaminya...

Dan mungkin jg adik menunggu masa yang benar2 sesuai untuk menziarahi temannya yang kini sudah berada di kampung.

Kita semakin terancam
Sebelum mematikan talian, adik sempat berpesan..

"Kak Ina, jaga diri baik2 ye, kunci semua pintu2 grill dan pagar..pesan pada abang An,  hati2 sediakan senjata di tempat tidur"Begitulah lebih kurang nasihat adik juga.

Aku mengiyakan kata2 adik.Tapi sebenarnya, kerisauan itu tidak pernah akan surut dalam hati.Kerana bermacam2 kes yang aku dengar, bermula dari orang2 yang tidak kita kenal, kemudian semakin dekat, dekat dan ....tiada jaminan sebenarnya untuk menyatakan kita tidak terancam. Kita berpotensi menjadi mangsa seterusnya, dan ianya TIDAK MUSTAHIL!!!

Kerana kita sudah terdedah dengan kes2 ini dan bimbang jika hari ini kita membaca kisah orang lain, dan esok2 di suatu masa yg kita sudah tidak sedar, kisah kita pula dipaparkan..dan di baca oleh orang lain.
***
Difahamkan dalam perkembangan yg terbaru, beberapa orang daripada kumpulan perompak dan perogol telah ditangkap dan mereka dlm proses siasatan polis.Berita ini mungkin sedikit melegakan kita,  tapi hati yg tercalar, dan maruah yang terguris belum tentu boleh sembuh sepenuhnya..Dan tragedi2 yg akan datang belum tahu kengeriaan dan tragisnya lagi...kita hanya mungkin sedang menunggu..

Namun satu hal kita perlu ingat, kita semua akan mati tapi dengan cara yang bagaimana dan secara baik atau buruk, itu adalah rahsia Allah.Sesiapun tidak mahu mati dalam kehinaan dan keaiban.Apatah lagi terbunuh kerana perbuatan aniaya.Tapi siapa kita untuk menentukannya..?Siapa kita untuk mengatakan kita selamat?


Dan kalau kita rasa kita selamat kerana ciri2 keselamatan yang ada di rumah, kecanggihan sisitem sekuriti yg direka atau beberapa banyak "bodyguard"yg kita miliki, sebenarnya kita juga salah!.Kita masih terdedah sebenarnya dengan pelbagai kemungkinan baik dari orang2 luar mahupun datang dari ahli keluarga sendiri..Segala2nya itu jadi risiko..

Dan terus terang, aku juga turut merasa diri dan keluarga juga terancam.Tapi kalau nak diikut rasa takut, sesiapapun jadi takut nak bergerak..Dan mungkin juga sewaktu isu2 ini sibuk dibicarakan, kita akan berjaga2 dan kemudian bila masa berlalu, kita juga akan lupa..dan terus terlupa...
***
Kembalilah kepada HUKUM ALLAH
Mungkin ada yg kata sekarang ni, sistem undang2 kita lemah kerana hukuman2 yang dikenakan tidak wajar dan sangat lemah untuk menakut2kan orang daripada berbuat kejahatan.

Pada aku, aku sangat2 setuju..

Tapi persoalannya, perlukah undang2 digubal semula semudah kita mengubah semula sesuatu resepi makanan yang setiap hari kita makan?Tentu jawapannya tidak.Kerana ianya tidak semudah itu!!

Dan aku suka ambil pendekatan begini, kalau kita membeli sebuah robot atau apa2 barang elektrik , mesti disertakan dengan buku panduan.Dan untuk menjadikan alatan tadi beroperasi dengan baik, tentu sahaja kita memerlukan buku panduan  khas dari pereka yang mencipta barang tersebut.Bukan sebarang buku panduan lain.

Contohnya, kalau kita beli robot jenama A, kita mesti menggunakan buku panduan untuk robot A.Justeru, bolehkah kita menggunakan buku panduan untuk robot B bagi menggantikan buku panduan Robot A?Atau memandai2 membuat buku panduan sendiri?Jawapannya tentu tidak boleh.kerana ia akan merosakkan robot yang asalnya berada dalam keadaan baik.

Samalah juga ibarat kita di dunia ini.Kita adalah ciptaan Allah dan disertakan dengan buku panduan iaitu Al-Quran dan sunnah.Jadi jika kita berpaling daripada hukum2( hukum hudud yg diperlekehkan pdhal mengaku islam) yang ditetapkan oleh Allah, maka mudah saja kita menjadi" manusia rosak".Dan mudahnya, kita menjadi manusia yg hilang kewarasan dalam diri, tidak takut akan balasan.dan akhirnya padah itu kita juga yg merasainya.

Pernahkah kita merenung akan kesilapan diri sendiri ?

Sebenarnya sedikit sebanyak kita ialah penyumbang kepada segala permasalahan yang terjadi disekeliling?Setujukah kita??

Aku tidak pandai bicara soal politik.Kerana setahu aku ia kotor dan busuk.Dan kebusukannya sudah dapat dihidu seluruh dunia baik  secara sedar atau tidak.Suhu cuaca yg panas, gempa2 bumi yg melata seantaro dunia, tsunami, banjir dan berbagai lagi bencana alam adalah sebenarnya petanda kemurkaan Allah kepada kita.Malah kejahatan2 yang kita lihat disekeliling adalah bala daripada kedegilan kita..

“ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.( Ar Ruum ayat 41)
Fikir dan bertindak..

Dan yang kita perlu juangkan sewaktu nafas yang masih terhela ialah ketaatan kepada yg Esa.Iaitu Allah.Pemilik sekian alam..Tak kiralah sehingga nyawa terlucut dari tubuh asalkan kematian kita adalah dalam keadaan mulia di sisi Allah.

Kerana kita berpijak di bumi milik Allah, dan berteduh di bawah langit milik Allah jua.Malah semua yg ada pada kita adlah pinjaman semata2.Kita tidak bawa budaya, bangsa yg kita banggakan itu ke dalam kubur.Kita juga tidak bawa harta yang berkoyan2 untuk dimuatkan dlaam rumah sempit iaitu dlm kubur.Di alam bazarkh sana.Yang kita bawa hanyalah bekalan amalan ketaatan kepada pencipta.

Kerana itu kita dijadikan.
Jadi,
Fikirlah dan jangan sesekali jadi manusia zalim.Zalim pada diri sendiri, zalim pada masyarakat, zalim kepada alam, zalim kepada agama....Fikirlah dan bertindaklah dan jangan sesekali berpeluk tubuh.Jangan biarkan ia berakhir dengan keadaan sia2 tanpa kita cuba sedikitpun untuk memeranginya.

Dan relakah kita atau saudara mara kita untuk  menjadi mangsa seterusnya kepada perbuatan manusia seperti itu??Kerana undang2 ciptaan manusia sendiri gagal sama sekali menakut2kan pelaku2 yg" kurang kewarasan ini"!!.
Tentu tidak bukan?, tapi kita tetap tidak berbuat apa2.
Dan yg pasti setiap hari kita hanya menganiaya diri sendiri jika kita malas berfikir!! 

Sekadar luahan dan pandangan peribadi..Wallahua'lam..
Haslina



~ni entri yg aku copy dari blog akak haslina-catatan seorang isteri-
meruntun kalbu bila baca..sob3.. 
xtau nak ckp apa..berat mata yg memandang berat lagi bahu yg memikul...Subhanallah..Allahuakbar.. ~