"Qanaah..."

menyuruh percaya akan adanya kekuasaan melebihi kekuasaan manusia.

menyuruh sabar menerima kekuatan Illahi jika ketentuan itu tidak menyenangkan diri,

dan bersyukur jika diberi nikmat, sebab nikmat itu bila-bila masa boleh hilang.

bekerjalah untuk memenuhi tuntutan hidup seseorang hamba bukan untuk tambahan yang banyak daripadaNya.....

Monday, January 25

BURUK SANGKA...




Panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak sombong, angkuh dan buruk sangka....

1. jika berjumpa dengan kanak2 anggaplah kanak2 lebih mulia daripada kita kerana mereka belum banyak melakukan dosa.
 
2. apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat
 
3. jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana telah banyak ilmu yang mereka ketahui dan pelajari
 
4. apabila melihat orang yang jahil,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui
 
5. jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya..
 
6. apabila bertemu dengan orang kafir, katakan dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segela dosa mereka akan diampuni oleh Allah s.w.t.

insyaAllah..sama2 kita mengingatinya... 

Sunday, January 24

Bukan Kerana Nama


Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

song by: ramli sarip..

aku suker sgt lagu nih...juz want to share among us..enjoy this lyrics ya!!


Friday, January 15

BILA KITA ADA IBU DAN AYAH




bismillahirahmanirahim..
segala puji bagi Allah Tuhan yang Maha ESa...
alhamdulillah kita masih diberi kenikmatan untuk merasai nikmat kehidupan yang melimpah ruah ini..
hari ni sebenarya aku nak berkongsi sedikit tazkirah atau kuliah yang telah aku dengar daripada cd ustaz kazim elias alhafiz..(siapa yg xknal elokla korang try cari cd ni sbb penyampaian die mmg best)



tazkirah dia pasal bila kita ada ibu dan ayah...


alhamdulillah aku masih diberi nikmat punyai orang tua hingga ke detik ini dan mudah2an berkesempatan untuk aku membalas jasa mereka...bagi sahabat2ku yg sudah ketiadaan orang tua, janganlah bersedih sesungguhnya itu adalah rahmat kasih sayang yang Allah berikan untuk menjadikan kita lebih tinggi nilai keimanannya dan kurangnya atau tiada dosa pada ibu dan bapa kita..kenapa aku cakap cam2..jom dengar bingkisan kuliah yang telah diolah semula oleh aku larrr...hehe..

bila kita kenang atau merenung seketika, terasa amat bersyukur kerana yg dapat membaca blog aku ni pastinya kita2 yang masih diberi kesempatan atau nikmat menelan air liur betul kan? xpayah fikir yang jauh la, kita bayangkan Allah beri kita sakit sampai xleh nak telan air liur atau mata xdapat nak berkelip walau sesaat..aduh sungguh teseksa mungkin...tapi itu mungkin kita sedar bila nikmat tersebut ditarik balik...begitulah manusia, tidak menghargai apa yang dikurnia oleh penciptaNya..(mudah2an kita akan sentiasa sedar dan bersyukur akan nikmat yang dikurniakannya).. begitu juga nikmat ada ayah dan ibu..barangkali orang yang sudah kehilangannya baru merasai nikmat sekiranya orangtuanya masih ada, betapa sayu dan rindunya pada mereka..
berkongsi dengan apa yang disampaikan ustaz elias..
katanya di kala ini ramai yang tidak sedar akan nikmat ibu dan ayah..
kita tgk sajelah pada paper arini, minggu ni ke pasti ada saje kisah2 yang menyedihkan..ade yang membuang ibu dan ayah, tidak menagku ibu dan ayah, memukul mereka dan macam2 lagi perkara yang kalau kita bandingkan dengan anak kucing pun pastinya kucing tadi pn xsanggup nak uat mcm 2 kt mak ayah dia..itulah bila hati dikuasai syaitan...mohon2 kita sentiasa masih diberi kelembutan hati untuk menerima segala yang baik...
sambungnya lagi percakapan kita tanpa sedar pun boleh menyebabkan kita menjadi derhaka kepada ibu dan ayah apetah lagi nak berbuat sesuatu yang menyakitkan mereka..nauzubillah..
sesungguhnya kalau kita tgk muka mak kita pn dapat pahala apetah lagi cium tangan mereka, hiburkan hati mak, beri makan atau suapkan mereka, basuh baju mak, tolong mak ayah dan perkara2 yang menyenangkan mereka..semuanya pahala di sisi ya Rab kita..subhanAllah begitu mudah kita nak dapat pahala tapi mungkin kdg2 kita xperasan, masih mencari pahala yang jauh nun disana sedangkan membuatkan mereka gembira adalah lebih baik...
sekiranya kita masih mempunyai mak dan ayah lagi...

1-layanlah mereka dengan sebaik mungkin..yang ni kalau aku nak elaborate pn maksudnya kita perlulah layan mereka kena dengan umurnya..kata orang, hidup kita ni ibarat jari kita yang lima..bermula dari ibu jari kita masih kecil dan masih perlu ditunjuk ajar dan seterusnya kembali menjadi jari kelingking yang mana menggambarkan kita dimasa tua memerlukan belaian sepertimana lebih kurang semasa kita masih kecil, faham x? means kita kena treat them as a child..adakalanya diorang ni lupa, adakalanya diorang nak dimanjakan tapi they dont tell us..body language memainkan peranan and bla bla....i think u all faham kn...

2-bercakaplah elok2 dengan mereka- yang ni plak, kita rasa senang je kan, myb mam yg bese kita buat la tapi myb jgk sometimes kita xperasan yg kita berkata sesuatu yang mengguris hati mereka, xbercakap pn myb airmuka kita yg boleh mengguris hati mereka..cth situasi ni la kan..kalau mak kita or ayah kita tanye kita jawab dgn nada yang xsepatunya lah...ade bunyi "ahh" kt blkg..sometime myb xprasan tapi kita mesti jage la..bercakap pn kita mst pandang muka diorang..

3-jagalah mereka elok2 dan jangan biarkan mereka hidup tidak menentu..-yg ni insyaAllah rasenya sahabat2ku xde yang tergamak nak anta mak ayah kt uma org tuakan..minta dijauhkan...sesungguhnya nanti ia akan berbalik pada si pelakunya...makan minum mereka jgn diabaikan..insyaAllah..
sambung lagi...
kita janganlah biarkan airmata ibu bapa kita menitik walau setitis pn...
3 jenis manusia yang tidak akan masuk syurga
-anak derhaka pada mak ayah
-orang yang minum arak
-pemutus silaturrahim...

di akhir kata, sayangilah ibu dan ayah sesungguhnya syurga dibawah telapak kaki nya....

segala yang dibincangkan adalah terjemahannya daripada kitab muhimmah..(ada jual kt kedai buku)
sesungguhnya yang baik dtgnya dari Allah s.w.t dan yang buruk dari sy sendiri....
diharap apa yang dikongsi memberi sesuatu buat sahabat2 dan peringatan buat sy jugak hendaknya...
wassalam........c u next entry