"Qanaah..."

menyuruh percaya akan adanya kekuasaan melebihi kekuasaan manusia.

menyuruh sabar menerima kekuatan Illahi jika ketentuan itu tidak menyenangkan diri,

dan bersyukur jika diberi nikmat, sebab nikmat itu bila-bila masa boleh hilang.

bekerjalah untuk memenuhi tuntutan hidup seseorang hamba bukan untuk tambahan yang banyak daripadaNya.....

Monday, January 25

BURUK SANGKA...




Panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak sombong, angkuh dan buruk sangka....

1. jika berjumpa dengan kanak2 anggaplah kanak2 lebih mulia daripada kita kerana mereka belum banyak melakukan dosa.
 
2. apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat
 
3. jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana telah banyak ilmu yang mereka ketahui dan pelajari
 
4. apabila melihat orang yang jahil,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui
 
5. jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya..
 
6. apabila bertemu dengan orang kafir, katakan dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segela dosa mereka akan diampuni oleh Allah s.w.t.

insyaAllah..sama2 kita mengingatinya... 

No comments:

Post a Comment