"Qanaah..."

menyuruh percaya akan adanya kekuasaan melebihi kekuasaan manusia.

menyuruh sabar menerima kekuatan Illahi jika ketentuan itu tidak menyenangkan diri,

dan bersyukur jika diberi nikmat, sebab nikmat itu bila-bila masa boleh hilang.

bekerjalah untuk memenuhi tuntutan hidup seseorang hamba bukan untuk tambahan yang banyak daripadaNya.....

Friday, February 5

taklim siri3


bismillahiramanirahim...alhamdulillah syukur kepada illahi yg kerana dengan limpah taufik dan hidayahnya aku diberi kesempatan lagi untuk mendengar taklim yang telah menjangkau sesi ke3..

sesi kali ni betul2 menyentuh hati aku..
yelah, terasa diri ini betul2 kerdil, lemahnya iman dan sentiasa berada dalam iman yang turun dan naiknya..
mende 1st skali aku ditanya ttg apa tujuan aku dtg UKM ni?dhla ptg td pun mentor aku suh cari jwapan apa tujuannya kita dtg menuntut ilmu @ belajar ni???ya untuk ape?
ni bkn pertama kali lah aku ditanya...dan jauh dilubuk hati aku sendiri..aku tahu jawapan nya tapi nak menyatakan apa yang aku tahu tak tercakap..kenape yerk?
ntahlah aku mampu menyatakan dlm hati jer sbb aku sendiri belum pasti adakah jawpan dlm hati aku mentakrifkan tindakan aku???
tapi yg pasti kita dtg ke UKM ni atau menuntut ilmu ini adalah untuk mendapat keredhaan Allah semata2...bagaimana keredhaan yg dimaksudkan??
kt cni bagi aku lar, menuntut ilmu itu adalah suruhan dan perintah Allah, kerna umat yg tanpa ilmu ibarat pokok tanpa buah maksudnya pokok semata2 tiada hasilnya ibaratnya tiada berguna pn pda sesiapa..jdnya kita belajar sebab ikut perintah Allah dan disamping 2 kita mencari keredhaanya supaya Dia tidak murka ke atas kita..dan apabila niat kita da btul, kita tau aim kita dan bila kita beljar-kita dapati sesutu tu susah atau kdg2 kita malas ke kita perlu sentiasa ingat yg kita ni blajar kerana Allah xboleh malas atau blaja untuk pas exam jer atau blajar utk dpt pangkat atau sebagai nya..tapi mmg bkn sng utk melaksananya namun Allah dah berfrman bahawa Allah tidak melihat atas kejayaan seseorang melainkan usahanya...maknanya dlm buat sesuatu bende baik 2 kita kne berterusan dan berusaha jd kita xkan merungut, mengeluh dan sebangainya.......

knape kita dtg taklim???
untuk mendapat ilmu
utk merperingati diri
utk menilai keimanan diri
utk muhasabah diri

seme jawapan kt atas ni betul tapi pernahkah kita terfikir knape pd zaman para sahabat dahulu amat beria2 dan menunggu untuk mendengar apa jua ilmu yang disampaikan oleh Nabi junjungan kita..knape agaknya?kerana merka ingin mendengar dan mengetahui apakah perintah yang ingin disampaikan oleh Allah s.w.t...disebabkan oleh mereka percaya kepada Tuhan dan sentiasa ingin dibimbing olenNya...sama jugak macam kita, kita perlu sentiasa ingin mendengar perintah Allah, melakukan setiap suruhan dan meninggalkan laranganNya dan semuanya telah terkandung dalam Al Quran tinggal lagi untuk kita membaca, mentafsir serta mengkajinya sahaja...tetapi itupan kadang2 kita melupakannya...lebih pentingkan dunia daripada akhirat...
kita hidup ini biarlah ibarat menanam padi...jgn menanam rumput...kerana padi yg ditanam boleh menyuburkan rumput tapi jika rumput yang beria ditanam, padi xboleh nak tumbuh...dibaratkan jika kita mencari akhirat, dunia tidak menjadi masalah buat kita tapi sekiranya dunia yakni rumput tadi yg disuburkan dan dijaga maka hilanglah akhirat kita..nauzubillah..
tentang pengajaran yang aku dapat pada hari ini ialah..
pertama..surah 24:31..
menceritakan tentang aurat wanita yang mana kita mmg wajib menjaga batas2nya menikut apa yg telah digariskan oleh Allah s.w.t.
dan insyaAllah segala apa yang kita buat dengan disebabkan kerana Allah mungkin iaNya akan menjadi lebih mudah..

kedua...surah 17:32
ada dinyatakan la takrabuu zinaa...
sesungguhnya Allah menggunakan kalimah jagn kamu hampiri zina apetah lagi berbuat zina...
zina dikatakan terbahagi kepada 2:
1-zina kecil -yg dimaksudkan kecil disini adalah zina mata, hati, tangan, yg membolehkan kita menghampiri pula kpd zina yg lbh besar..nauzubillah...adapun zina mata adalh merujuk kpada bertentangan mata, zina hati pula membayangkan atau merasakan sesuatu yang tidak patut dibuat oleh kita dan zina tgn adlh seperti menaip msg...hye syg...dan bla bla...
2-zina besar-nauzubillah

ketiga..35:45
ayat ini menerangkan bahawa Allah itulah yang lebih berkuasa terhadap makhluknya, sekiranya dia ingin merosakkan manusia itu hanya dengan sekelip mata dan bila2 masa sahaja..apa sgt lah kekuatan manusia itu jika dibndingkan dgn Allah..
so, kita sbg hambanya kenalah sentiasa beringat yang bahawasanya Allah sentiasa mermerhati kita akan tentang apa yang kita lakukan...

keempat...91:8,9
ayat ni menerangkan bahawa, Allah itu telah memberi kamu jalan samada kejahatan atau pun ketaqwaan tapi manusia sendirilah yg memilihnya...so kita sebgai manusia tdk boleh mnyalahkan takdir semata2 kerana Allah telah memberi pilihan dan kita sendiri yang perlu memilihnya...

antara lain, nasihat yang aku dapat adalah...
kita ni kalau nak beristiqamah dalam melakukan kebaikan..perlulah sentiasa ingat bahawa Allah itu sentiasa memerhati kita... Allah sentiasa mengetahui apa yang kita telah lakukan...kita perlu ingat juga bahawa yg kita kejar adalah syurga Allah..insyaAllah segalanya dapat dilakukan dgn istiqamah dan tiada berbolak balik...

diibaratkan begini...kenapa peragut berjaya meragut mangsanya..
1-niat
2-keazaman yg tinggi
3-peluang..

means kt cni kita ni kalo berbuat sesuatu kebaikan perlulah ade ketiga2 elemen ini...peluang kita sudah ade iaitu kita berada di dlm agama islam..agama Allah..itulah peluang kita kerana kita telah berada di agama yang benar...utk berbuat baik kita perlu ada niat yg betul dan keazaman yg tinggi barulah semua yg dilakukan akan berhasil...ibarat peragut tadi...

akhir skali kita kne sentiasa ingat bahawa iman kita boleh turun dan naik...dan untuk mendapat hidayah serta petunjuk Allah itu kita perlu berusaha mengejarnya..dan janganlah kita berburuk sangka ttg org lain sesungguhnya hakikat diri ini Allah jualah yang lebih tahu....

ni nasihat yang aku dapat dari rakan2 dan diolah oleh aku supaya aku akan terus mengingatinya dan diharap apa yang dapat memberi manfaat bersama dan yang silap tu harap dapat dperbetulkan..
wallahualam...amin...

2 comments: