"Qanaah..."

menyuruh percaya akan adanya kekuasaan melebihi kekuasaan manusia.

menyuruh sabar menerima kekuatan Illahi jika ketentuan itu tidak menyenangkan diri,

dan bersyukur jika diberi nikmat, sebab nikmat itu bila-bila masa boleh hilang.

bekerjalah untuk memenuhi tuntutan hidup seseorang hamba bukan untuk tambahan yang banyak daripadaNya.....

Sunday, September 7

Himmah Yang Tinggi Asas Keperibadian Seorang Pendakwah

Perkataan himmah digunakan untuk membayangkan maksud kehendak untuk mencapai suatu objektif tertentu. Manusia secara psikologinya sentiasa menghendaki sesuatu yang baru. Citarasa dan kehendak yang sentiasa berubah dan baru adalah sifat normal bagi setiap insan. Sebaliknya jika seseorang itu tidak memperbaharui keinginannya atau tidak ada keinginan, dia dianggap sebagai bermasalah dan dia mungkin menghidapi penyakit kemurungan.


Perkataan humum pula membawa maksud satu keadaan seseorang yang pemikiran dan keperihatinannya sibuk dan tertumpu dengan suatu perkara. Bila seseorang itu sibuk berfikir tentang masalah hutang, tidak mempunyai pekerjaan atau persiapan peperiksaan maka perkara itu menjadi humum dia ketika itu. Sudah disebutkan bahawa setiap orang secara normal akan memperbaharui cita-citanya. Apabila dia menghadapi kegagalan dia tidak buntu dan terperangkap dengan humumnya itu. Sebaliknya dia akan mencipta keinginan dan cita-cita baru.
Mukadimah ini membawa kita untuk memahami maksud perkataan yang sering kita dengar dalam ceramah-ceramah iaitu “himmah a’liah” atau himmah yang tinggi. Himmah yang tinggi ialah satu bentuk cita-cita/keinginan atau kehendak yang dikaitkan dengan satu tujuan atau matlamat yang tinggi seperti keredaan Allah, syurga dan melepaskan diri dari neraka, mengembalikan khilafah, amal-amal ke arah mengembirakan manusia sejagat atau sebagainya. Mereka yang menyemat dalam dirinya tekad untuk berkerja ke arah mencapai tujuan tersebut tidak kira berapa lama masa yang diperlukan, berapa kos yang perlu dibayar dan berapa pengorbanan yang perlu dicurahkan. Mereka adalah orang yang memiliki himmah yang tinggi.
Ada pun mereka yang menggantungkan cita-citanya pada tujuan yang hampir, kecil dan remeh seperti menjadi kaya, berjaya dalam profesyen, beristeri cantik, berumah besar, perniagaan besar, disanjung dan sebagainya serta tidak sanggup mengabaikan sedikit keselesaan yang ada, merupakan mereka yang memiliki himmah yang kerdil dan rendah. Disebalik himmah yang kerdil ini ada yang lebih kerdil seperti mereka yang hanya rela dengan apa yang ada dan tidak ada keinginan untuk berubah menjadi lebih baik, apatah lagi melalui kesukaran untuk matlamat yang jauh. Di bawah status ini kita anggap sebagai mereka bermasalah dan mengalami kelesuan atau kemurungan.
Pendakwah hendaklah seorang yang memiliki himmah yang tinggi kerana mereka adalah orang yang menyematkan dalam diri mereka cita-cita untuk merealisasikan matlamat yang tinggi seperti menegakkan kalimah Allah, mengembalikan kehidupan Islam dalam masyarakat, menegakkan khilafah atas manhaj kenabian dan di sebalik itu semua, mereka inginkan keredaan Allah Yang Maha Tinggi. Mereka tidak lemah dengan apa-apa halangan bahkan sentiasa bersiap sedia menghadapi cabaran. Adapun mereka yang mendakwa diri mereka “pendakwah” sedang cita-cita mereka tidak lebih dari sekadar mencapai kedudukan dan kekayaan duniawi atau menikmati kesenangan sementara, jauh sekali mereka itu dari ciri pendakwah yang sebenar.
Persoalannya bolehkah seseorang menjadi pendakwah yang tinggi himmahnya tanpa dia bersedia berkorban mengecapi keselesaan, kerehatan, kesihatan yang diidamkan oleh semua orang. Tentu sekali tidak.
Firman Allah yang bermaksud:
“Adakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan mengucap kalimah, “kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji?”. (Al-‘Ankabut 29:2)
Jawapan tentunya tidak. Ujian pasti berlaku supaya jelas antara orang yang benar-benar terpilih dari kalangan mereka yang berhimmah tinggi dengan orang yang hatinya hanya bergantung kepada kesenangan yang hampir.
Saya rasa perasaan ingin mempertahankan keselesaan dan kesenangan yang hampir telah menarik sesetengah orang untuk berpada dengan himmah yang rendah dan sederhana, dan menarik diri secara tidak rasmi dari rombongan dakwah yang berjalan menuju Allah.
Allah berfirman maksudnya:
“Apa kena dengan kamu, apabila diseru supaya keluar berjuang, kamu menjadi berat. Adakah kamu telah redha dengan kehidupan dunia yang hampir?”. (At-Taubah 9:38)
“Bahkan kamu lebih mengutamakan kehidupan dunia sedangkan akhirat lebih baik dan lebih kekal”.(Al-A’laa 87:16-17)
Humum duniawi telah melupakan kita terhadap tanggungjawab membela umat dan tugas jihad memuliakan agama. Jadual harian kita padat dengan aktiviti-aktiviti untuk mencapai tujuan yang hampir, kita tidak ada masa lagi untuk aktiviti ke arah menegakkan matlamat yang lebih jauh, lebih tinggi dan mulia di sisi Allah dan juga manusia.
Orang yang mempunyai himmah yang tinggi, humumnya untuk mencapai cita-cita yang tinggi dan orang yang mempunyai himmah yang rendah humumnya pada perkara-perkara yang rendah juga. Orang yang tidak punyai humum dengan dakwah bermakna sudah jatuh himmahnya dan tergolong dalam golongan orang yang lesu.
artikel asal

Sunday, February 2

PALING DEKAT

bismillahiramanirahim...



keterangan

Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam al-Ghazali bertanya.

1 – Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Kerana mati itu janji Allah SWT. Janji Allah Ta’ala bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran: 185)

2 – Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. 

Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Islam

3 – Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam al-Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”.

Nafsu yang menguasai diri menyebabkan manusia gagal menggunakan akal, mata, telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala untuk hidup berlandaskan kebenaran.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-A’araaf: 179)

4 – Pertanyaan keempat adalah, “Apa yang paling berat di dunia ini?”

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam al-Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah.”

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al-Ahzaab: 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup terima permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia dimasukkan ke dalam neraka kerana tidak mampu memegang amanahnya.

5 – Pertanyaan yang kelima adalah, “Apa yang paling ringan di dunia ini?”.

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam al-Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Ramai dalam kalangan kita, kerana kerja, kerana urusan dunia, kerana hiburan, kita tinggalkan solat. Sedangkan tuntutan solat itu yang lebih utama.

6 – Lantas pertanyaan ke enam adalah, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?”.

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam al-Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana, dengan lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

See more at: http://www.ibrah.hafism.com/pesanan-imam-al-ghazali-tentang-6-perkara/


Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..

Masih diberi kesempatan dan nikmat menggunakan jasad ini tatkala roh masih bersama..
Terasa sebak pula hari ini setelah mendengar pemergian seorang junior semasa zaman belajar di sekolah menengah suatu masa dulu..arwah Mumtazah Maridi

Walaupun tak begitu rapat, namun permergiannya turut dirasai..entah kerana apa tapi mungkin juga kerana dia seorang ukhti, seorang akhawat…walau lain Jemaah tapi kami sefikrah…innalillah wa innailaihirajiun…perginya seorang daie di usia yang muda seolah2 mengetuk pintu hatiku, apakah yang sudah aku persiapkan andai aku dipanggil menghadapNya… 
Ya Allah ampuni hambamu ini..
Sesungguhnya benar, kematian adalah satu muhasabah buat yang hidup.. 
dan ingatlah pesan imam Al-Ghazali, apakah perkara yang paling dekat dengan kita? Mati…mengambil kata2 pujangga, orang yang sentiasa mengingati mati adalah orang yang bijaksana…kenapa dipanggil bijakasana, ibarat menyediakan payung sebelum hujan, bukankah itu bijak?

Ya Allah, aku bimbang andai amalku masih di takuk lama, andai amalku masih tidak cukup tatkala Engkau memanggilku… Ya Allah jadikanlah aku setabah sahabatku ini dalam menempuh dugaanMu…tsabatkan(tetapkan) aku di jalan ini agar beroleh rahmat dariMu…ameen….

Semoga Engkau menempatkan arwah di kalangan orang-orang beriman dan di jannahMu yang tertinggi..ameen ya rabbal alamin…

Sunday, November 3

MUHARAM

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah masih diberi peluang olehNya untuk terus berdagang di bumi ini, masih diberi peluang untuk memimjam segala yang milikNya..
Nampaknya muharam tiba lagi, marilah sama-sama kita bersedia dengan doa akhir dan awal tahun. Mudah-mudahan Allah menerima segala amal kebaikan kita dunia dan akhirat.

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN












Sunday, October 20

Cinta setelah Allah dan Rasul



Kepada yang bernama isteri, kalian bergelar SOLEHAH,
Jika cintamu kepada suami berpada-pada,
Agar jika terpisahnya kalian, tidak 'membunuh' kewarasan minda,
Mencedera teruk perasaan dan emosi,
Hingga menjejaskan ibadah dan taqwamu dan cinta suami,
Kerana perpisahan itu pasti, walau sementara mungkin,
Salah seorang dari kalian mungkin lebih dahulu menemui ilahi, lalu terpisah..


Hatta jika kalian menemui ilahi bersama, ruhmu akan bergerak berasingan..terpisah,
Jika ditakdirkan kalian ke syurga..
Tidak diketahui berapa tempoh sebelum pertemuan di syurga itu, terpisah,
Kerana masing-masing pasti ada urusan perlu diselesaikan,
Bagaimana pula jika salah seorang masih belum di Syurga..?
Nauzubillah...


Justeru, wahai isteri..cintailah suamimu selepas Allah & RasulNya,
Pastinya Allah denganmu tiada terpisah,
Dengan itu, perpisahan dengan suami mampu ditanggung,
Rindu mampu ditangani,
Ujian dan cabaran cinta, emosi & perasaan, merapatkanmu kepada Allah


Bukan menjauhkan...lalu jadilah kalian ISTERI SOLEHAH.
Yang cintai suami dan dicintai, dari jenis CINTA AKHIRAT bukan cinta DUNIA.
Ingatan sama juga untuk suami, juga terhadap anak-anakmu


credit to zaharuddin.net

Tuesday, September 6

AIR MATA WANITA,,,,

Mengapa wanita menangis?
Suatu ketika, ada seorang anak laki2 yang bertanya pada ibunya.
"Ibu, mengapa ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab, ibu wanita." "Ibu saya tak mengerti," kata si anak lagi.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan mengerti...."
kemudian, anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis? Sepertinya ibu menangis tanpa ada sebab yang jelas?" Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa alasan." Hanya itu jawapan yang boleh diberikan oleh ayahnya.
Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap tertanya-tanya, mengapa wanita menangis.

Pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan. "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"

Dalam mimpinya, Tuhan menjawab, saat Aku ciptakan wanita, aku membuatnya menjadi sangat utama. Aku ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeuarkan bayi dari rahimnya, walau, seringkali pula, ia menerima cercaan dari anaknya itu....

Kuberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Wanita, kuberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.....

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak-anaknya itu melukai perasaanya, melukai hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap lembut olehnya. Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tidak terkoyak? Kuberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa , suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan suami,agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan, akhirnya , kuberikan  ia airmata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan bilapun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya , airmata ini adalah airmata kehidupan.

Sunday, January 23

Program Ar-Rmayh Mahabbatillah

Bismillahiramnirahim...

Alhamdulillah..bersyukur kepadaNya..kita masih diberi kesempatan untuk berada di bumiNya yang fana ini..syukur jua atas cuaca yang indah pada hari ini tatkala matahari masih bisa memancarkan sinarnya..Jika diamati, ada diantara kita pada ketika ini sedang berjuang menyelamatkan diri atau barang-barang peribadi akibat dari bencana banjir yang berlaku di beberapa kawasan di Malaysia pada masa kini..bagi yang masih dapat menikmati keindahan cuaca pada hari ini, ucapkanlah syukur padaNya di atas kurniaan ini walaupun sinarnya menjadikan kita haus kekeringan...

ok...hari ni sebenarnya nak share satu story dengan semua sahabat2 atau kawan2 yang melewati blog ini...terima kasih bagi yang sudi membaca hingga ke hujungnya..
hari ini, Alhamdulillah satu aktiviti panahan mujahidah telah berlangsung dengan jayanya..panahan mujahidah? Agak2 apa ye...hm, panahan mujahidah sebenarnya merupakan aktiviti memanah yang telah dianjurkan oleh beberapa orang akhawat...dan secara keseluruhannya aktiviti ini amat begitu bermakna bagi diri ini..bukan hanya pengalaman memanah itu sahaja yang dapat tapi ibrah atau analoginya benar-benar menyentuh emosi dan spiritual seseorang. Terima kasih kepada akhawat2 semua yang telah berusaha dan berjaya menyampaikan ilmu Allah pada kami. Semoga Allah akan membalas kebaikan kalian semua...

Sedikit perkongsian yang dapat dinukilkan di sini...
Hidup kita cuma ada 2 pilihan sama ada ke syurga atau neraka. Untuk membuat pilihan yang terbaik kita perlu melengkapkan diri dengan segala amalan berdasarkan kepada pilihan kita. Maka ketika kita hidup inilah merupakan waktu yang diberikanNya untuk kita belajar dan mempersiapkan diri bagi menjurus kepada pilihan yang dibuat. Begitu jugalah dengan memanah, kenapa kita mesti memanah betul2 tepat pada bulatan yang berada di tengah berbanding dengan bulatan di sekelilingnya..ya, sebab untuk mendapat panahan yang mengena tepat ditengahnya adalah begitu sukar bukan?...aim kita adalah pada titik tengahnya tapi panahan kita masih tersasar ataupun hanya mampu berada disekelilingnya sahaja...begitulah jua diibaratkan dengan kita...untuk mendapatkan panahan kasih sayang Allah bukanlah suatu perkara yang mudah namun ia tidak mustahil andai latihan yang cukup diberikan pasti panahan kita akan berjaya.

Bagaimana dengan aim kita yang utama? Apa yang kita kejarkan dalam hidup ini? Apa yang kita cari dalam hidup ini? Aim yang utama kita adalah mencari redha Allah..mencari kasih sayang dan rahmat Allah...bagaimana kita ingin mendapatkan itu semua? Jika memanah kita perlu berlatih dan berlatih lagi supaya panahan adalah tepat, maka begitu jua kita...kita perlu memperkukuhkan lagi ibadah fardhu yang telah ditentukan oleh Allah..amar makruf nahi munkar...kita mungkin solat..barangkali khusuk kah solat kita...cukupkah solat kita...maka dengan itu pentingnya amalan amalan sunat agar amalan ini dapat menampung kekurangan2 yang telah kita lakukan...namun jangan kita alpa bahawa rahmat Allah itu begitu luas..perkara baik yang ingin dilakukan tidak hanya terhad pada amalan-amalan fardu ataupun sunat. Semoga memberi manfaat..

"dan sesungguhnya Dialah yang membuatkan orang tertawa dan menangis"53:43
catatan pada 3hb 11 2010 di pavillion UKM....

Monday, November 8

hobi..




bismillahiramanirahim...
kenapa ye dgn gamba di atas?
nantikan cerita di sebalik gambar ini di next entry ok...
=).

Saturday, October 2

New BABY

Mohd Saifullah Mohd Sidek
Nur Safiyah Mohd Sidek

Mohd Sufi Mohd Sidek



Alhamdulillah..
pertama sekali..bersyukur pada Allah..
yang menjadikan kita sebaik2 umat dan kejadian..
tepat jam 340 pagi waktu Malaysia pada 24hb 9 2010..
akak aku selamat melahirkan anaknya yang ke 3..
dan yang lahir itu adalah seorang putera memiliki berat 3.4 kg..
aku sangat gembira sebab famili aku dah makin bertambah..=).
kemeriahannya memang terasa lebih2 lagi masa raya adilfitri..
walaupun riuh rendah  rumah dibuatnya namun Aidilfitri terasa bermakna..
semoga anak2 sedara aku akan menjadi anak2 yang soleh dan solehah...AMIN... .


Friday, August 6

CARI MAKAN - AL KULIYYAH

    BERKAT adalah sesuatu perkara yg blh membawa kita kepada kebaikan = 
    pertambahan kepada kebaikan..
    dengan adab, kita akan lahirkan kerberkatan..
    adab mencari rezeki..
    adab makan...
    byk lagi adab...
    Adab mencari makan...
  1. tenang...
  2. rezeki baik sepatutnya membawa ketengan kepada kita...
  3. ada rezeki boleh membawa kita kepada yang lebih baik..
  4. kenderaan yg dibeli diguna utk ke masjid cthnya dll..
  5. harta yang kita dapat sentiasa rasa mencukupi..
 

Maka dari sumber yang baik dan bertambah kebaikannya maka lahirlah keberkatan….
Itulah makna BERKAT

    Apa hak harta pada setiap orang?
    Hak kita pd isteri dan anak
    Hak kita untuk agama-contohnya bayar zakat
    Hak utk diri kita-simpanan kita hari tua dan sumbangan kita kpd masyarakat cthnya wakaf-mende yg berterusan atau legasi (perkara baik yg kita wariskan walaupun kita dah tidur buat selama2nya cth anak yg soleh/solehah dll)…
    Q & A
  1. Pekerja cemerlang menurut islam?
  2. Paradox-tidak seimbang cthnya ada kain tp xdapat tutup semua, ttp kpale nampak kaki dan sebaliknya..
    Balik pada konsep ihsan..cth suami yg kerja lebih kena lafaz pada isteri=  sy kena kerja lebih sebab nak bahagiakan awak, nak menyenangkan keluarga dan sebagainya…
    Dan isteri kena terima dan berdoa agar suami slamat, dberkati dan sebagainya…
  3. Bagaimana nak keja dgn majikan n sambil tu wat keje sampingan yg boleh jadi halal?
  4. Dalam islam ada akad/perjanjian..
    Kembali kepada akad atau kontrak pada kerja kita…
    Tgk samada kita ada terikat ngan akad kerja atau tidak…
  5. Hukum seseorang yang dapat MC tipu bagaimana dengan gajinya satu hari??
  6. Hukumnya haram…sebab kita telah mengambil hak orang lain…
    Kita ambil hak orang nescaya Allah akan ambil hak kita yang jauh lebih besar..
    Kita tidak boleh biasakan kerana ia pasti mendatangkan kemurkaan Allah…
    Benda yang haram akan melahirkan perkara yang lebih tidak baik lagi….
    Mengambil barang tanpa izin adalah curi..
    Berani kerana benar
  7. Kerja yang dapat hasil dari guna orang dalam?…
  8. Xboleh, dikira syubahat sekiranya kita sememangnya xlayak dan  menafikan hak orang lain..
    Andaikata  tidak menafikan hak orang lain adalah tidak salah.
  9. Peguam bagaimana?
  10. Niat  awal2 untuk membantu hakim..insyaAllah Allah akan bantu..
  11. Hukum bawa kereta sapu?
  12. Dua sudut:
    1. Xde pilihan so minta ampun dan berazam untuk pindah kerja lain
    2. Kalau menafikan hak orang lain adalah dosa!!
  13. Isteri cari makan dan suami sibuk berdakwah??
  14. So orang  laki kena faham tanggungjawab utamakan yang wajib adalah utk isteri dan anak..
  15. Tukang jahit yang menjahit pakaian yang nipis dan baju xtutup aurat??
  16. Sebaiknya sedekahkan sebahagian pendapatan sebab syubahat kecil2 dan yang lebih baik tinggalkannya…
    Ikhlas tidak menafikan hak…
    Maknanya hak  setiap orang yang ikhlas tu tetap ada..
    Contohnya..
    Seorang yang berhutang buat2 xtau dia masih ada hutang dan orang yang memberi hutang itu tidak pula tertanya2 tetapi ia tetap ada hak yang perlu ditunaikan kerana ikhlas xmenafikan hak…
    Sama jugak seorang isteri yang tidak mendapat nafkah suami tapi tidak menyatakan apa2.. walaubagaimanapun hak si isteri tu tetap ada…ikhlas si isteri tidak menafikan haknya…
    Pembaziran berlaku apabila kehendak yang dibeli melebihi keperluan..
    Walaupun contohnya…
    Selipar jepun yang harga murah dibeli banyak melebihi keperluan..dikira membazir.
    Tapi andaikata kita beli sesuatu mende yang mahal tapi ia perlu xdikira membazir..
    Ok..ni semua adalah catatan yang amat ringkas dibuat semasa al kuliyah tv3, xsure edisi ke berapa..diharap catatan yg serba ringkas ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat pada semua..
    jzk..

Wednesday, May 26

buat teman-teman semua...

Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji…

Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka…

Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa…

Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji….

Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih…

Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu…

Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian…

Wednesday, May 19

FACEBOOK BAIK @ BURUK? TERPULANG...

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.


Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.


Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.


Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.


Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.


Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.


Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook.


3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.


Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.


6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

~artikel ini diambil dari laman web ustaz zaharuddin..
semoga dapat memberi manfaat pada semua..

kata sahabat saya Fb ni ibarat sebilah pisau, terpulang pada kita untuk gunakannya ke arah kebaikan atau keburukan..fikir2kanlah..renung2kanlah...
mencegah lebih baik dari mengubati..

wallahualam...

Dayus??

Bismillahiramanirahim...
Segala puji bagi Allah tuhan yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang...
SubhanAllah maha suci Allah yang masih memberikan kita semua kesempatan dan nikmat untuk menghirup udara yang masih segar walaupun bukan di semua tempat namun masih diberi ketenangan dan keamanan di bumi Malaysia ini. Alhamdulillah segala puji pujian hanyalah untukNya...
Agak lama tak post new entry..bukan tiada cerita yang hendak dikongsikan atau disampaikan namun tiba2 merasakan diri ini terlalu banyak khilaf kepadaNya..justeru terasa diri ini tidak layak untuk menyampaikan apa2 namun sebagai hambaNya yang hina ini yang masih perlu untuk menegur dan ditegur , pesan memesan diteruskan jua sebagai peringatan lebih untuk diri sendiri..wallahualam..
Usai melewati sebuah buku untukmu wanita karya ustaz zaharuddin abd rahman yang sungguh bermakna dan begitu bermanfaat buat muslimah. Banyak nasihat dan perkara2 yang boleh dibuat ibrah daripada buku ini.
Yang ingin saya kongsikan bersama dengan sahabat semua adalah mengenai soal lelaki dayus. Sejauh mana kita ambil kesah tentang lelaki dayus ini. Semoga perkara ini dapat dikongsi bersama..
Bila lelaki menjadi dayus??
1)      Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika berkerja) atau di luar rumah.
2)      Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3)      Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat(terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan yang menyebab aurat terlihat.
4)      Membiarkan anak perempuannya berdating dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5)      Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah, kononnya ibu bapanya sporting.
6)      Menyuruh, mengarah dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7)      Membiarkan anak perempuannya memasuki rancangan reality seperti AF, Gangstarz, dan Mentor sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8)      Membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dengan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki boleh dihilangkan? Tidak sekali-kali.
9)      Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10)   Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh islam seperti menyelamatkannya daripada lemas atau yg seumpama dengannya.
11)   Membiarkan isteri bersalin dengan dibidani oleh doctor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12)   Membawa isteri dan anak perempuan utk dirawati oleh doctor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doctor wanita.
13)   Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14)   Membiarkan isteri kerap berdua-duaan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Ini sebahagian yang tersenarai namun sudah cukup untuk kita cuba mengkoreksi sedikit demi sedikit diri masing2 dengan apa yang dinyatakan andai ada yang  kita terlepas pandang.
Perkara2 yang diatas bukanlah hanya ditujukan buat pasangan yang sudah berkahwin namun ibrahnya boleh dilihat sekiranya suami isteri diganti dengan bapa dan anak2 perempuannya. Sanggupkah kita mengiyakan kedayusan yang terlepas pandang oleh bapa atau abang kita? Sanggup ker? Nauzubillahimizalik..
Pasti hati berkata tidak tapi apakah tindakan kita yang terbaik? Sesungguhnya keluarga adalah amanah Allah buat kita semua. Marilah kita sama2 memelihara keluarga kita dari sebarang kemungkaran walaupun ia sukar untuk ditempuhi. Nasihat menasihati adalah ubat yang perlu diberikan setiap masa. Sekeras-keras batu akhirnya bertakuk jua jika dititis air setiap masa, begitulah manusia cuma lambat dan cepat serta perlu diiringi dengan doa kepadaNya..
“dan orang2 yang berjihad untuk  (mencari keredhaan) kami, kami akan tunjukkan kepada mereka jalan2 kami. Dan sungguh, Allah berserta dengan orang yang berbuat baik”29:69
 wallahualam....

Wednesday, April 21

DESTINASI CINTA


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...


oleh MESTICA

Monday, April 19

menanti di alam barzakh


Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan


*dari Allah kita datang kepada Allah jua lah kita kembali..sob3..(TT)
semoga kita 'diambil' dalam keadaan yang beriman..AMIN... 

~MENCARI SETITIS CINTA ILLAHI~ 

Thursday, April 15

perempuan2 itu...

chantek kan gamba kat atas neh...
aku rase lar xtau others, tp sape2 tgk mst ckp gamba ni canteek n cute kan...
yela gamba kartun..huhu 
never minds..
cume gamba ni memberi sejuta makna bagi aku...
sukar untuk aku luahkan disini...(hehe, yoyo oooo jer..)

dilema...
hmm...mampukah aku...
semoga Allah permudahkan setiap urusan..
AMIN.... 


Petua Untuk Puteri

 

Banyak gadis berparas gilang-gemilang
Tetapi mereka telah hilang kerana kecantikan
Banyak perempuan yang kaya bersalut emas intan cemerlang
Tetapi mereka telah redam kerana hartanya

Lihatlah, alangkah banyak orang berbangsa menjadi hina
Dan alangkah banyaknya orang berpangkat menjadi melarat
Mereka berbangga dengan bangsanya

Sedang bangsa itu dapat orang beli dan jual dengan harta dunia
Mereka berbangga dengan pangkatnya
Sedangkan pangkat itu dapat diperolehi dengan melupakan makrifat

Tetapi tuan ! Hanya sedikit masuk bilangan
Lelaki perempuan berbudi pekerti
Mereka inilah yang mulia sepanjang zaman
Dan merekalah yang hidup di alam abadi

Sebab itu tuan ! Sambutlah petua seorang kawan
“Bila tuan jadi gadis, jadilah gadis
Yang tinggi budinya, Demi setelah kelak tuan jadi ibu dan
isteri, dan jadilah seorang perempuan yang budiman”

*sajak ni da lama aku simpan then aku lupa sumber dari mane..hehe..(^_^) enjoy reading ya!!

semoga mendapat sesuatu..
wallahualam..
~MENCARI SETITIS CINTA ILLAHI~