"Qanaah..."

menyuruh percaya akan adanya kekuasaan melebihi kekuasaan manusia.

menyuruh sabar menerima kekuatan Illahi jika ketentuan itu tidak menyenangkan diri,

dan bersyukur jika diberi nikmat, sebab nikmat itu bila-bila masa boleh hilang.

bekerjalah untuk memenuhi tuntutan hidup seseorang hamba bukan untuk tambahan yang banyak daripadaNya.....

Sunday, February 28

lembaran hidup WANITA SOLEHAH

mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah??
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
penawar hati kekasih Allah
susah dan senang rela bersama

dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
isteri Rasulullah yang bijak
pendorong kesusahan dan penderitaan
tiada sukar untuk dilaksanakan

mengalir air mataku
melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
akur dalam setiap perintah
taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
tiada memiliki harta dunia
layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga

ketika aku marah
inginku intip serpihan sabar
dari catatan hidup Siti Sarah

tabah jiwaku
setabah umi Nabi Ismail
mengendong bayinya yang masih merah
mencari air penghilang dahaga

di terik padang pasir merak
ditinggalkan suami akur tanpa bantah
pengaharapannya hanya pada Allah
itulah wanita Siti Hajar

mampukah aku jadi wanita solehah??
mati dalam keunggulan iman 
bersinar indah, harum tersebar bagai wanginya pusara Masyitah..

~jadilah wanita yang solehah, insyaAllah akan muncul seorang soleh sebagai pasangan hidupmu~ dari buku satu rasa dua hati-Pahrol mohd juoi


Sabda Nabi SAW "
empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia,
iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah,
rumah yang bagus (luas),
jiran yang baik dan kenderaan yang bagus. "
(riwayat Ibnu Hibban)


~kata2 yang sy kira, kita (muslimah) sama2 boleh teladaninya..insyaAllah~

 dan akhir sekali, nasihat dari salah seorang sahabatku, kita sebagai hamba Allah ini jangan pernah merasa cukup dengan setiap amalan kebaikan yang kita lakukan.....wallahualam.....

No comments:

Post a Comment