bismillahiramanirahim...
keterangan
Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul
dengan murid-muridnya. Lalu Imam al-Ghazali bertanya.
1 – Pertama, “Apa yang paling dekat
dengan diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab
orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam al-Ghazali menjelaskan semua
jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Kerana
mati itu janji Allah SWT. Janji Allah Ta’ala bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai
mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan
kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga
maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia
ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah
kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran: 185)
2 – Lalu Imam al-Ghazali meneruskan
pertanyaan yang kedua. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab
negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam al-Ghazali
menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang
paling benar adalah “masa lalu”.
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita,
tetap kita tidak akan kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga
hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Islam
3 – Lalu Imam al-Ghazali meneruskan
dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab
gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam al-Ghazali. Tapi
yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”.
Nafsu yang menguasai diri menyebabkan
manusia gagal menggunakan akal, mata, telinga dan hati yang dikurniakan oleh
Allah Ta’ala untuk hidup berlandaskan kebenaran.
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk
Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak
mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi)
tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga
(tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu
seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah
orang-orang yang lalai.” (Surah Al-A’araaf: 179)
4 – Pertanyaan keempat adalah, “Apa
yang paling berat di dunia ini?”
Ada yang menjawab baja, besi dan
gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam al-Ghazali, tapi yang paling berat
adalah “memegang amanah.”
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan
tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk
memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat
menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya);
dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup
memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka
melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut
dikerjakan.” ( Surah Al-Ahzaab: 72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi
khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup
terima permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia dimasukkan ke dalam
neraka kerana tidak mampu memegang amanahnya.
5 – Pertanyaan yang kelima adalah,
“Apa yang paling ringan di dunia ini?”.
Ada yang menjawab kapas, angin, debu
dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam al-Ghazali, tetapi yang paling
ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Ramai dalam kalangan kita,
kerana kerja, kerana urusan dunia, kerana hiburan, kita tinggalkan solat.
Sedangkan tuntutan solat itu yang lebih utama.
6 – Lantas pertanyaan ke enam adalah,
“Apakah yang paling tajam di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab dengan
serentak, pedang. Benar kata Imam al-Ghazali, tapi yang paling tajam adalah
“lidah manusia”. Kerana, dengan lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti
hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
See more at:
http://www.ibrah.hafism.com/pesanan-imam-al-ghazali-tentang-6-perkara/
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..
Masih diberi kesempatan dan nikmat menggunakan jasad ini
tatkala roh masih bersama..
Terasa sebak pula hari ini setelah mendengar pemergian
seorang junior semasa zaman belajar di sekolah menengah suatu masa dulu..arwah Mumtazah
Maridi
Walaupun tak begitu rapat, namun permergiannya turut
dirasai..entah kerana apa tapi mungkin juga kerana dia seorang ukhti, seorang
akhawat…walau lain Jemaah tapi kami sefikrah…innalillah wa innailaihirajiun…perginya
seorang daie di usia yang muda seolah2 mengetuk pintu hatiku, apakah yang sudah
aku persiapkan andai aku dipanggil menghadapNya…
Ya Allah ampuni hambamu ini..
Sesungguhnya benar, kematian adalah satu muhasabah buat yang
hidup..
dan ingatlah pesan imam Al-Ghazali, apakah perkara yang paling dekat
dengan kita? Mati…mengambil kata2 pujangga, orang yang sentiasa mengingati mati
adalah orang yang bijaksana…kenapa dipanggil bijakasana, ibarat menyediakan payung
sebelum hujan, bukankah itu bijak?
Ya Allah, aku bimbang andai amalku masih di takuk lama,
andai amalku masih tidak cukup tatkala Engkau memanggilku… Ya Allah jadikanlah
aku setabah sahabatku ini dalam menempuh dugaanMu…tsabatkan(tetapkan) aku di
jalan ini agar beroleh rahmat dariMu…ameen….
Semoga Engkau menempatkan arwah di kalangan orang-orang
beriman dan di jannahMu yang tertinggi..ameen ya rabbal alamin…
No comments:
Post a Comment